Akademi TVET Wanita kini sedang menjalankan soal selidik berkaitan tentang bidang TVET yang diminati untuk diikuti oleh bakal peserta kursus pensijilan profesional khas untuk wanita. Semua golongan wanita di galakkan untuk menyertai kursus pensijilan profesional khas ini. Minimum umur peserta wanita adalah 18 tahun.
Kursus yang ditawarkan adalah melalui kerjasama industri dan rakan strategik UTeM. Kursus Pensijilan yang di tawarkan direka bentuk untuk pembelajaran sepanjang hayat dan pendidikan yang berkaitan dengan industri melalui Micro-Credentials yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Tujuan
- Program sistematik yang dicadangkan ini membuka peluang kepada enam kumpulan sasar wanita termasuk yang di luar bandar untuk meningkatkan diri melalui TVET.
- Lebih ramai wanita akan diberikan keupayaan memajukan diri melalui upskilling, reskilling, multiskilling dan future skilling TVET.
- Impak besar secara langsung akan dapat diperolehi dari segi sosio ekonomi apabila pemerkasaan Wanita melalui TVET tercapai.
- Initiatif ini memenuhi Sustainable Development Goal (SDG) ke-5 iaitu Kesaksamaan Jantina.