Program
Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Khas Wanita adalah salah satu inisiatif kerajaan bagi meningkatkan lagi ekonomi wanita. Penubuhan Akademik TVET Wanita JELITA (Job Empowerment by Learning and Inclusive Techinal Advancement) akan dapat melahirkan lebih ramai wanita yang berkerjaya, profesional dan berdaya saing.
Akademik TVET Wanita JELITA ini dapat membantu dan meningkatkan lagi kemahiran wanita dengan menggariskan pelbagai inisiatif dan insentif dalam merealisasikan pembangunan ekonomi mereka.
Majlis TVET Negara telah mensasarkan untuk meningkatkan 35 peratus tenaga kerja berkemahiran tinggi baharu dalam sektor ekonomi menjelang 2030. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) akan bertindak sebagai koordinator dan penyedia utama latihan TVET khas wanita.
Dengan adanya hub untuk memperkasakan wanita di Malaysia ini, ia dapat meningkatkan kebolehan pasaran wanita di dalam menjana ekonomi negara dan alam pekerjaan.