-

play_arrow
JELITA : Job Empowerment by Learning and Inclusive Technical Advancement

>>>>

Akademi TVET Wanita kini sedang menjalankan soal selidik berkaitan tentang bidang TVET yang diminati untuk diikuti oleh bakal peserta kursus pensijilan profesional khas untuk wanita. Semua golongan wanita di galakkan untuk menyertai kursus pensijilan profesional khas ini. Minimum umur peserta wanita adalah 18 tahun.
Kursus yang ditawarkan adalah melalui kerjasama industri dan rakan strategik UTeM. Kursus Pensijilan yang di tawarkan direka bentuk untuk pembelajaran sepanjang hayat dan pendidikan yang berkaitan dengan industri melalui Micro-Credentials yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Tujuan

  1. Program sistematik yang dicadangkan ini membuka peluang kepada enam kumpulan sasar wanita termasuk yang di luar bandar untuk meningkatkan diri melalui TVET.
  2. Lebih ramai wanita akan diberikan keupayaan memajukan diri melalui upskilling, reskilling, multiskilling dan future skilling TVET.
  3. Impak besar secara langsung akan dapat diperolehi dari segi sosio ekonomi apabila pemerkasaan Wanita melalui TVET tercapai.
  4. Initiatif ini memenuhi Sustainable Development Goal (SDG) ke-5 iaitu Kesaksamaan Jantina.
Sasaran Peluang Tawaran (15,000)
0%
1.

Wanita Lepasan sekolah (18 Tahun dan ke atas)

Gadis lepasan sekolah mencari kerjaya TVET

2.

Wanita bekeluarga & ibu tunggal

Wanita bekeluarga & ibu tunggal ingin menceburi semula pasaran kerja

3.

Wanita luarbandar/OKU/orangasli

Wanita luarbandar/OKU/orangasli berminat menceburi TVET

4.

Usahawan Wanita

Usahawan Wanita berminat mengembangkan bisnes TVET

5.

Wanita bekerja

Wanita bekerja berminat menukar kerjaya

6.

Wanita profesional

Wanita profesional ingin meningkatkan kerjaya melalui pendidikan sepanjang hayat TVET

en_GBEnglish
Select the fields to be shown. Others will be hidden. Drag and drop to rearrange the order.
  • Image
  • SKU
  • Rating
  • Price
  • Stock
  • Availability
  • Add to cart
  • Description
  • Content
  • Weight
  • Dimensions
  • Additional information
Click outside to hide the comparison bar
Compare